Ikut la saya =)

Monday, November 28, 2011

Harga Kereta Tanpa Cukai Di Malaysia

Harga Kereta Tanpa Cukai Di Malaysia




Bagi mereka yang tidak tahu berapa cukai bagi sesebuah kereta di negara kita, ini ada satu sumber dari blog amenoworld yang menunjukkan potongan cukai untuk rakyat LUAR NEGARA di bawah program Malaysia My 2nd Home. Sebuah Honda Civic hanya berharga RM80K tanpa cukai dan cukai kerajaan sebanyak RM44,727.90 menyebabkan harga jualannya mencanak kepada RM124,800 tanpa insuran. Logik kah cukai sebanyak ini dikenakan pada rakyat Malaysia yang rata-rata mempunyai pendapatan yang rendah?








hurm....harga cukai dah nak dekat harga sebuah kereta..mcm mane tue....fikir je lah...




rujukan :http://www.gilerkentang.com
sumber :http://amenoworld.blogspot.com/

Thursday, November 3, 2011

61 tanda cinta semakin pudar (Cuba Check)

Hai.......br jer terbaca artkel pasal ni..nk kongsi lah yer..tanda2 cinta semakin pudar..layan je:

  1. Malas angkat telefon
  2. Mula bagi macam-macam alasan
  3. Buat buat macam-macam hal
  4. Asyik-asyik cakap malas, malas, malas…
  5. Bila ajak keluar, asyik-asyik kata dia busy, sibuk memanjang
  6. Mula keluar dating dengan pakaian yg selebet
  7. Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati
  8. Bila tanya soalan, dia tak jawab & biarkan soalan tergantung tak bertali
  9. Lupa hari jadi
  10. Mula mengelakkan diri dari berjumpa
  11. Mula keluar dengan orang lain
  12. Dia dah tak kisah kalau tak jumpa. Sebulan tak jumpa pun tak apa
  13. Ada date, tapi lupa nak datang…bagi alasan lupa la apa laaa
  14. Jawab sms kalau dulu 10 patah, sekarang dah 1 patah. Tu pun ringkasan mcm ‘k’
  15. Dah tak layan macam dulu
  16. Apa kita buat semua tak betul dimata dia
  17. Ada saja kelemahan kita yang dia nampak
  18. Dia nampak kelemahan kita lebih dari melihat kebaikan
  19. Taip sms pun pendek-pendek jer
  20. Bila kita cakap i love u, dia balas ‘emmmmm’ jer
  21. Bila tanya tetibe jer dia nak melenting tak tentu pasal
  22. Bagi alasan kita ni terlalu baik macam malaikat dan tak sesuai dengan dia. Tapi masa mengorat dulu tak perasan pulak diri diea macam setan…huhu
  23. Bila ajak jumpa parent, macam-macam cara dia cuba mengelak
  24. Bila cakap pasal kahwin, dia buat tak serius. Cuba lari dari topik.
  25. Dia dah tak kisah apa jadi kat pasangan
  26. Kita yang beria-ria, tapi dia buat macam acuh tak acuh jer
  27. Susah nak senyum @ gurau @ gelak ketawa dengan kita
  28. Dia beri perhatian lebih pada orang lain…lebih suka kawan-kawan dia dari kita
  29. Dengan orang lain, dia boleh mengaku single
  30. Status kat facebook, dia letak ‘single’
  31. Langsung tak nak ambil tahu pasal kita, buat bodo jer. Dah tak tanya ‘dah makan ke belum?..tak macam dulu
  32. Kalau dulu keluar dating, pegang-pegang tangan. Tiba-tiba, dah tak nak pegang. Rimas katanya. ((Perbuatan pegang tangan awek @ makwe adalah HARAM dalam Islam. Kami nasihatkan, elak buat perkara ini sebelum anda kahwin yer ;) ))
  33. Dulu-dulu pakai baju mesti nak matching, sekarang dah tak nak. Macam budak-budak. Buat poyor jer, katanya.
  34. Buat-buat lupa nak call atau sms kita
  35. Dulu kalau pergi toilet, pastu tak angkat tepon. Sekali check, ada miskol 30 juta kali. Tapi skang, nih ada 1 miskol pun dah cukup baik
  36. Ternampak dia berjalan dengan pompuan lain. Bil tanya, adik angkat jer jawabnya. Dulu-dulu tak tau pun dia ada adik angkat
  37. Kalau makan berdua, dulu kontrol-kontrol. Sekarang buruk lantaknya…huhuhu
  38. Dulu tersepak batu…batu yang salah. Sekarang, kalau tersepak batu, kita yang dipersalahkannya. Awal buta ker apa?, tengkingnya.
  39. Dila kita bercakap, dia pandang pompuan lain
  40. Bila ajak keluar, memanjang jer bagi alasan tak ada duit, sibuk kerja….
  41. Dulu panggil sayang, tapi tiba-tiba dah tukar jadi nama
  42. Sekarang dia dah jarang kontek kita.
  43. Bila kita tanya, dia jawab macam terpaksa je
  44. Sudah mula keluar perkataan BOSAN la, BORING la, TAK BEST la. Duduk rumah, tak keluar lagi best…
  45. Mula mempersoalkan bentuk badan kita…makin berisi lah…terlalu kurus lah…muka pucat lah…macam2
  46. Dulu kalau nak dating, bedezuupp datang…sekarang, ada jer alasan dia….jem lah, ape lah.
  47. Dulu masa gaji selamber jek dia bagitau kita. Sekarang ni, bila tanyea pasal gaji ” weh tu duit saya la….awak sebuk pesal ape??
  48. Dulu sanggup tolak ajakan kawan-kawan, sebab nak gi dating dengan kita. Tapi skang tolak ajakan kita nak gi dating sebab nak kuar dengan kawan-kawan katanya.
  49. Dia dah kurang ucapan ‘terima kasih’
  50. Cakap dalam fon pun tak lebih 5 minit. Dulu boleh pula berjam-jam, sampai panas fon.
  51. Bila bercakap pasal jodoh, boleh dia kata “Kalu ada jodoh, ade la. Kalau takde, kita takleh buat ape. Kite hanya merancang.” Dulu, boleh pulak dia kata “walau ape pn badai melanda, nk sehidup semati dengan awak…”
  52. Dulu kalau gi dating dia jemput & hantar balik. Sekarang, kena datang dan balik sendiri.
  53. Kalau call @ sms waktu malam, cepat-cepat dia cakap dah nak tidor. Padahal dok asyik bersms atau tengah tunggu call dari orang lain.
  54. Dulu, kalau gi dating tengok wayang sampai 2 kali sehari… lunch, jalan-jalan, pastu minum petang lak. Sekarang, lepas makan, pastu terus balik.
  55. Dulu-dulu, kalau dia salah, cepat jer dia cakap “Sorry awak”, “Maafkan saya awak”…Tapi sekarang, dah lah tak mengaku salah. Tak pernah minta maaf. Dia boleh salahkan kita lak. Padahal dia yang salah.
  56. Dulu mesti sebelum tidor, dia call kita dulu. Tapi skang, tak pun…alasannya, lupa la, penat la, dah tertidur la.
  57. Dulu asyik nak berkepit jer…pi makan sama, pi kelas sama. Tapi skang, dah rimas nak kuar sama.. seminggu sekali pun susah….nak masa untuk diri sendiri katanya.
  58. Dulu kalau ada kenduri kahwin saper2, cepat jer dia ajak kita. Skang, dia lebih rela pergi sorang-sorang.
  59. Dulu dia wangi selalu, sekarang ni asyik hamis jer bau nya…huhu
  60. Kita dah hantar 10 kali mesej, tapi dia esoknye baru reply!!!
  61. Dulu, bila nak pi mana-mana pun, dia akan bagitau kita. Tanya kita dah makan ke belum. Dia buat apa pun, dia cerita. Tapi skang, langsung takde khabar berita. Dia buat hal dia senyap-senyap. Langsung tak share dengan kita aktiviti dia.
Begitulah 61 tanda-tanda cinta yang semakin pudar. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi cukuplah korang check yang atas tu dulu. Kalau banyak tanda-tanda tu pada cinta korang, pandai-pandai lah korang bersiap sedia yer. Bersiaplah dari segi jiwa dan emosi sebab nanti korang akan tahu betapa peritnya putus cinta………… huhuhuhuhu

Saturday, October 15, 2011

Rahsia Tapak Tangan

assalamualaikum....tadi duk baca-baca artikel terjumpa pasal ni
Rahsia Tapak Tangan


Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan Kita… Walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja Dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang Dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus Dan sebagainya. So selamat ‘menilik’.. Jangan tersalah tilik, sudah la! 


1. Garis Kehidupan

Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran Dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, IA memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan Dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang Dan lurus, IA menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan Dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus Dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, Ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ‘ curang’ Dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama! 

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah IA terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas Dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, IA menunjukkan kamu akan menjadi kaya Dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, Ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus Dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal Dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua Dan seterusnya…

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya Mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus Dan pendek yang kamu miliki Dan IA sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas Dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah Dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan

Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna Dan bahagia. Tentu sekali IA mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas Dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu Ada Dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat…. Ajal Dan maut di tangan Tuhan kan ?

Bila jari kamu dirapatkan….
Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng Dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu dengan Mata kamu Dan tengok sama kamu boleh lihat Ada sebarang ‘gap’ di antaranya… Sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya… Bermaksud IA tidak rapat Dan renggang… Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya Dan pentingkan diri sendiri! Betul ke? hehehee…kalau terkene jangan la mareee..

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita…. walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya.. cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat ‘menilik’.. jangan tersalah tilik, sudah la!

Terluka....

assalamualaikum....

Hurm...mood sedih...nak study susah..terpikir2.....
kenapa jadi camni....ad ker awak tahu saya terluka sebab awak...
saya dapat rasa, awak ad syg orang lain selain saya...
takpelah,mungkin kita baru lagi kot...
saya nak awak jujur dengan saya...sebab saya jujur  dengan awak....

saya menangis, awak tak tau..
walaupun bagi awak tu cam perkara kecik jer..
tapi saya ni perempuan awak..lain saya pk..
saya nak percaya awak..
mmg nak,awak jgn ada yang lain belakang saya...
sedih saya awak..hu3(tiba2 feeling lebih plak)
saya tau awak mmg baik..maybe awk kwn2 jer..
tp sy x nk kwn2 terus terlebih kasih sayang..
saya sedih..waaaaaaaaa

saya x nak awk ( miss u)x2 ngn perempuan lain...
miss u tu satu perkataan keramat...
hanya untuk org tertentu jer awk..
k lah..dh pnat taip.....
syg awk tau...
bye.................


ni lagu awak suke......sy mmg nk pcaya awak tau.....he3.....


luv u so much...

Monday, September 26, 2011

Lelaki Merajuk?Bagaimana?

Lelaki....pandai merajuk ke x? ape kes kalau msj kita..tiba2 dia x bls..wt bodoh jer....merajuk la kot...try check kt bwh tu...mmg mcm tu ke cara lelaki merajuk..maybe.........




Antara tanda-tanda bila lelaki merajuk
1. Dia akan senyap sepanjang masa. Lelaki ni bukan macam kaum perempuan. Dia merajuk cool.    Walaupun kita bercakap sejuta perkataan sekali pun dengan dia, jangan harap lah dia nak balas balik. Jadi bila lelaki merajuk ibaratnya kita bercakap dengan patung.
2. Tidak melayan masej. Dia akan biarkan saja masej masuk tanpa ada perasaan untuk membalasnya.

3. Masam muka sepanjang masa. Yang ini boleh buat kita sakit hati. Lagi teruk dia boleh tarik muka. (lagi buruk)

4. Hisap rokok sekotak. Memang dah parah ni.
5. Menangis. Ada juga ke lelaki yang merajuk menangis..? Agak susah nak terima.

Bila lelaki dah merajuk, perlu ke perempuan pujuk?

Saturday, September 24, 2011

Wanita Bukan Lemah



Lemah lembutnya wanita....tidak bermakna wanita lemah dalam melakukan sesuatu perkara..



Lelaki yang mengaku kuat… celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat… di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah… bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah… bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah… terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kaki dan tangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Maghrib untuk sujud… Menyembah Yang Maha Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita…
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan...

Wednesday, September 21, 2011

メイちゃんの執事 / Mei-chan's Butler


Hello2 sape2 minat citer jepun x.......tgk lah cter ni..kalau sape dah tgk mesti dh tau jln cter dy mmg menarik...

Crunchyroll - Forum - [JDrama] Mei-chan no Shitsuji

cerita bersiri jepun yang amat menarik untuk dikongsi...romantik komedi memang bez....

ni hero dia....x hencem tp kacak..ha3

HIRO MIZUSHIMA

ni pulak heroin dy..cute jer..bulat jer muke dy...=)

NANA EIKURA

bacalah sinopsis ni sebelum tgk....he3



The story revolves around a young woman named Mei. One day, after her parents' accidental death, he appears: Rihito comes from a line of outstanding butlers, and he has been appointed to serve her! Now her ordinary life has completely flipped, as she discovers that she's actually the heiress to a fortune, and is forced to transfer to St. Lucia Girls' Academy, where all the students have butlers! As a result, her childhood friend Kento decides to enroll in a butler school so that he can stay close to her.









Photobucket

SELAMAT MENONTON..HE3

Sunday, September 18, 2011

My newest nephew

assalamulaikum..lama x update..mklumlah cuti...internet pun cuti lah..salam syawal sume..harap x terlambat lg..akhir ramadhan lps.,yna dp anak buah baru..baby boy..hensem =)

RAYYAN NAFIS IMADI BIN IMADI

 tido lps minum susu


 br lps mandi


 kenyang minum susu


 si debab.....


 hiahhhh...


 pendekar melayu


 tido lagi....


sweet dream


baby boy yg cumil....rindu dy...mmuahhhxxxx

Monday, August 1, 2011

Floria Putrajaya

Floria at Putrajaya
Date : July 16, 2011 


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan dihulurkan sempena bulan yg penuh berkat ini..Takde ape nak buat yna saje nak share gambar yna bersama kwn2 masa pergi tgk bunga2 yang chantek kt Floria Putrajaya hari tu. Memang bez,mcm jnis bunga ada,terutamanya bunga rose..Pertunjukan bunga dan taman yang terulung di Malaysia yang Bertemakan “Ros Untuk Selamanya”. FLORIA ini diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya pada 9hb-17hb Julai 2011 yg lalu.

Layanlah gambar-gambar ni ye kwn2.


 Wajahku yg hepi posing dengan bunga


 tgk...mcm2 jnis bunga ada..sungguh cantik!!


Ika dah jadi cam kughe2 tgk bunga


Merahnya bunga itu......


Mcm x nk bangun je dr buaian ni


X tau dah nak posing cmne


Itu basikal tua..........


 my prenz n i...........mmuahhh


Cantik x tuan dlm gmbr ni.aha (perasan jap)



Argh...tensennyer....bunga cantik sgt!!!!!



Penat je tikah...tp smpat posing

okei...dah habis.....jmpe lg..he3...bye2

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

"Allahumma Ballighna Ramadhan.Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "
Tibalah bulan Ramadhan.Adakah bulan ini menjadi simbol keraian atau sekadar adat tahunan?Ini yang perlu kita teliti dan fahami.


Kepada seorang musafir yang dahagakan air di tengah perantauan yang panjang inilah detiknya buat hilangkan sisa dahaga.Kepada perantau yang sesat tanpa arah tujuan inilah jalannya membetulkan haluan yang tersasar.
Sudah tentu bagi Si Abdi hatinya penuh dengan bebunga keriangan.Manakan tidak, ibadah sehari mampu menyamai ibadah seribu bulan. Seorang pekerja yang bekerja ikhlas kepada tuannya akan menerima ganjaran yang setimpal dengan usahanya.Di kala zaman Rasulullah  seorang sahabat bertanya : "Apakah itu malam Qadar wahai Rasulullah?". Baginda menjawab: "Tidak, tidakkah kamu mengetahui bahawa para pekerja, apabila mereka selesai dari pekerjaannya, nescaya akan dibayar upahnya". (Hadis Hasan, Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Syua'b al-Iman: 3450)
Hati ini berdesir seketika, di sebalik singkapan Ramadhan, kebanyakan umat Islam tampaknyasering lalai dan lupa.Mereka merasakan bulan Ramadhan ini hanyalah sekadar berpuasa.Kita dapat melihat sendiri di negara kita ini.Bukan ganjaran pahala diutamakan namun santapan makanan didahulukan.Bukan masjid diimarahkan malangnya pasar ramadhan jadi tumpuan. Bukan Al-quran jadi peneman, namun tidur yang diimpikan. Namun di sini sebenarnya saya ingin katakan bukan semuanya masyarakat Malaysia yang beragama islam begitu namun kebiasaan fenomena atau situasi, inilah yang terjadi.
Jika begitu dimana kemeriahan Ramadhan ?Di mana keindahan nya?Adakah ia terletak pada makanan.Atau ganjaran pahalanya?Ayuh kita fikirkan bersama.
Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun.Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti. Adakah kita hanya ingin menangguk dagu sahaja?Sudah tentu kita akan melakukan sesuatu untuk meraihnya ,bukan?Sebab apa saya katakan begitu kerana bilah-bilah hari kehidupan kita sebenarnya semakin sedikit dari sehari ke sehari, kita tidak tahu detik bila kematian kita. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita. Ayuh jangan lepaskannya!
Rasulullah sememangnya sebaik-baik ikutan sepanjang zaman. Baginda tidak akan membiarkan umatnya terkapai-kapai dalam lembah kejahilan. Sudah tentu ada panduan dan pedoman yang diselitkan terutamanya dalam mengecap kemanisan Ramadhan.
Pertama, awasi dirimu agar sentiasa menjaga perkara wajib dan fardhu.Andai dulu solat fardhu dilewatkan tapi kini disegerakan ,andai dulu zakat dilupakan tapi kini hadir sebagai penyumbang budiman.Andai dulu puasa ditinggalkan namun kini dicukupkan kiraan.
Kedua, perbanyakkanlah olehmu amalan-amalan sunat yang mampu menampung dosa dan kesumat.Jadikanlah di bulan ini titik mula perubahan. Bila lagi kita ingin bergerak ke arah satu dimensi yang lebih indah iaitu di bawah payung mahabbah Allah.Oleh itu, jadikanlah kitabul Quran sebagai peneman, Qiamullai itu sebagai rutin harian, zikir kepada Allah sebagai bualan dan amalkan sedekah yang berterusan.
Ketiga,hindari dirimu ke jurang perbuatan haram kerana ianya mampu memusnahkan binaan amalan kebaikan. Jagalah hati daripada dikotori, kerana ia adalah raja. Jagalah mata daripada dosa, kerna ianya pemula nestapa. Jagalah mulutmu daripada umpat dan cela kerna ianya punca bahaya. Jangan sesekali kita biarkan anggota kita melakukan maksiat, kerana ianya hanyalah pinjaman. Bila- bila sahaja nikmat ini boleh ditarik. Janganlah kalian berasa hairan kerana ia bukan milik kita yang hakiki tetapi ianya adalah milik Allah yang abadi.
Keempat, elakkanlah dirimu daripada melakukan perkara makruh kerana Allah membencinya. Misalnya, mendedahkan rongga-rongga anggota badan yang terbuka kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti lubang mulut, telinga, hidung dan dubur. Ketika berkumur awasilah jangan berlebih sehingga tertelan.
Terakhir, di bulan yang mulia ini marilah kita menghayati dan meneliti kebesaran Allah yang maha luas. Ucaplah SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebagai tanda kehambaan. Alangkah banyaknya nikmatmu kenapa ramai manusia yang  masih buta akal dan mata hatinya. Daripada penciptaan manusia hinggalah kejadian cakerawala. Daripada ciptaan laut yang luas terbentang hinggalah gunung yang dipasakkan. Andai kita mengkaji kita akan mengerti, semakin kita belajar semakin kita melihat Allah itu maha besar. Namun satu persoalan yang masih belum terlerai. Mengapa Masih Ada Manusia Yang Mendustakan?
Di bulan yang Barakah ini ayuh kita perbaiki diri kita kearah daerah yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar. Ramadhan ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah. Jika sebelumnya kita seorang yang mudah terbakar namun selepasnya kita menjadi seorang yang sabar, jika sebelumnya kita seorang yang kedekut tetapi selepasnya segala sumbangan kita sambut, dan jika sebelumnya kita seorang pembuat maksiat namun selepasnya kita menjadi seorang ahli ibadat. Semoga perkongsian ini mampu menjana usaha kita ke arah memperoleh kemanisan Ramadhan. Alangkah indahnya Ramadhan jika begini.