Ikut la saya =)

Thursday, May 19, 2011

Fakta kelahiran kembar..


kembar.........
waaaaa..memang cumil, yna suke tgk baby2 ni terutamanya baby kembar...cumil n sweet...suke sgt...jom tgk fakta cmne berlakunya kelahiran kembar nie...



1.Dalam keadaan normal, satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan.


2.Kejadian kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan.


3.Peluang mendapat anak kembar bagi wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan dan makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10 peratus


4.Wanita yang menerima suntikan hormon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji, peluang dapat anak kembar ialah 20-30 peratus.

5.
Kembar seiras terjadi apabila persenyawaan satu sel telur berpecah yang biasanya berlaku pada tempoh masa satu hingga 14 hari selepas penghamilan.


6.Kembar seiras mempunyai genetik, kromosom dan raut fizikal yang sama tetapi bukan keseluruhannya benar-benar sama.



7.Kembar seiras mempunyai persamaan dari segi jantina, jenis darah, warna rambut dan mata, hidung, telinga dan bentuk bibir.


8.Kadar kelahiran kembar seiras dianggarkan pada 4/1,000 setiap kelahiran dan ia terjadi secara kebetulan.



9.Kembar seiras sering mengisi masa bersama dan akrab di antara satu sama lain. Walaupun mereka menyukai orang lain, namun mereka tetap memilih untuk bersama dengan pasangan kembar mereka terutamanya semasa kecil.


10.Selepas usia 9 atau 10 tahun, kembar seiras biasanya memilih untuk membentuk identiti mereka yang tersendiri.




Sumber: Utusan Malaysia Online








No comments:

Post a Comment