Ikut la saya =)

Monday, May 23, 2011

Nilai Mas Kahwin mengikut negeri


Menurut undang-undang Keluarga Islam, maskahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, samada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang. Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisaa’ ayat 4 yang bermaksud : ” Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka.” Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Bukhari yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .”

Kadar maskahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri adalah seperti berikut :

1.JOHOR
ANAK DARA
RM 22.50
JANDA
RM 22.50

2.MELAKA
ANAK DARA
RM 40
JANDA
RM 40

3.NEGERI SEMBILAN
-BUKAN WARIS
ANAK DARA
RM 24
JANDA
RM 12

-AHLI WARIS
ANAK DARA
RM 48
JANDA
RM 24

-KERABAT DIRAJA
RM 725

4.SELANGOR

-PUTERI SULTAN
ANAK DARA
RM 2500
JANDA
RM 625

-PUTERI RAJA MUDA ATAU PUTERI KEPADA PUTERA SULTAN
ANAK DARA
RM 2000
JANDA
RM 500

-PUTERI KERABAT DIRAJA
ANAK DARA
RM 1000
JANDA
RM 250

-PUTERI ANAK RAJA (WARIS)
ANAK DARA
RM 550
JANDA
RM 137.50

-PUTERI ANAK RAJA (YANG LAIN)
ANAK DARA
RM 300
JANDA
RM 75

-ANAK PEREMPUAN ORANG-ORANG BESAR
ANAK DARA
RM 300
JANDA
RM 75

-CUCU ORANG-ORANG BESAR
ANAK DARA
RM 200
JANDA
RM 50

-ORANG KEBANYAKKAN
ANAK DARA
RM 80
JANDA
RM40

5.KUALA LUMPUR
ANAK DARA
RM 80
JANDA
RM 40

6.PERAK
ANAK DARA
RM 101

7.PULAU PINANG
ANAK DARA
RM 24
JANDA
RM 24


8.PAHANG
ANAK DARA
RM 22.50
JANDA
RM 22.50


9.KEDAH
-TIDAK DITETAPKAN

10.PERLIS
-TIDAK DITETAPKAN

11.TERENGGANU
-TIDAK DITETAPKAN

12.KELANTAN
-TIDAK DITETAPKAN

13.SABAH
ANAK DARA
RM 100
JANDA
RM 80

14.SARAWAK
ANAK DARA
RM 120
JANDA
RM 120


15.WILAYAH PERSEKUTUAN
ANAK DARA
RM 80
JANDA
RM 80

Maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanafaat. Dalam hadith riwayat Ahmad Ibnu Majah, Tarmizi bahawa Rasulullah pernah menikahkan seorang perempuan dengan maskahwin sepasang sepatu wanita dengan persetujuan wanita itu. Dalam hadith yang lain riwayat Bukhari dan Muslim, Baginda s.a.w juga pernah menikahkan seorang lelaki dengan seorang wanita dengan maskahwin lelaki itu mengajarkan kepada wanita itu beberapa hafazan surah dalam Al-Qur’an, kerana lelaki itu tidak mempunyai apa-apa harta yang boleh dijadikan maskahwin.

Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut semasa akad nikah. Jika maskahwin disebut dalam akad akan dibayar secara tunai oleh suami, isteri berhak menghalang suami dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwinnya itu. Sekiranya isteri diceraikan sebelum berlaku persetubuhan, maka gugurlah separuh maskahwin sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud “Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan tersebut akan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu”. Kadar maskahwin juga akan diambilkira untuk Hakim semasa menentukan kadar tebus talak sekiranya pihak-pihak itu ditakdirkan kemudiannya bercerai secara tebuk talak. Apabila maskahwin tidak dibayar dan tidak dihalalkan oleh isteri, isteri berhak mendapat maskahwin itu walaupun setelah bercerai.

sumber:
http://bakalpengantin.com.

3 comments:

  1. Just nak share...coz Jasmin nyer mas kahwin lain tau....tok kadi kate johor dah naik RM100 dan ke atas....

    ReplyDelete
  2. Saya nak tahu harga mas kawin kat kuala lumpur barape untuk tahun 2013?
    Sekiranya keluarga perempuan minta keluarga sebelah lelaki mas kawin ikut negeri bapa kepada perempuan sedangkan si anak perempuan lahir dikuala lumpur?

    ReplyDelete