Ikut la saya =)

Friday, June 17, 2011

KL Gangster bez :-)

Syamsul Yusof mesti korang kenalkan. Sukalah tengok filem dia.Selepas kejayaan Evolusi KL Drift II dengan kutipan RM 6juta, khurafat cerita yang seram dan kali ini Syamsul kembali dengan satu lagi filem hebat ‘KL Gangster’.Wow teruja....he3


KL Gangster dibintangi oleh Aaron Aziz selaku watak utama, selain Syamsul Yusof, Adi Putra, Sheera Iskandar, Ridzuan Hashim. Selain itu, Zizan Raja Lawak dan pelakon ‘mo man tailo’ iaitu Adam Corrie Lee turut membintagi KL Gangster. Emm ada lagi,tapi lupa lak..he3


KL Gangster mengisahkan seorang gangster yang dipenjarakan iaitu watak Aaron Aziz. Selepas keluar penjara, dia ingin membina hidup baru tetapi tersepit apabila kumpulan gangster kembali mengejarnya. Sama ada kembali ke pangkal jalan mahupun terus dengan kumpulan yang pernah menghancurkan hidupnya, itulah yang terpaksa dihadapi oleh Aaron Aziz.




Erm... watak shark merupakan watak antagonis yang dipegang oleh pengarah filem ini sendiri, Syamsul Yusof. Zizan Raja Lawak yang juga memegang watak dalam filem KL Gangster ini pastinya membangkitkan lagi scene lucu dalam filem ini. Penonton pastinya terhibur dengan aksi lawak spontan Zizan Raja Lawak.


Filem ini memang menarik, tambah-tambah lagi Aaron Aziz yang berlakon,memang menjadi..
Saya suke :-)

Sumber: (Gambar) Pembikinan Filem Terbaru 'KL Gangster' — LimauAis
Photo Courtesy: Thehitman Nazri from Thephotographers Kuala Lumpur

2 comments:

  1. Besh gler ker tgok cter nie....yna dah tgok ker? nak tahu...tahu......

    ReplyDelete
  2. dh tgk....bez...zizan ad lg bez...tp dy mati last sekali..hu3

    ReplyDelete